Seorang pengasas tudung meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa rekaan tudung miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik seorang usahawan wanita.
‘Senang-senang nak ambil idea aku’
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, Yusfariq Iqmal menangis sambil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan usahawan terbabit yang dikatakan senang lenang ‘mencuri’ idea dan konsep rekaan tudungnya. Bayangkan betapa sakitnya hati apabila mengetahui usaha kerasnya sejak dua tahun lalu dengan menghasilkan tudung bawal ‘magnetik’ akhirnya diciplak individu tidak bertanggungjawab.
Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.
Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal. Tapi she used to be my idol.
Individu berusia 26 tahun ini menegaskan bahawa rekaan tudung menggunakan magnet itu adalah idea asalnya dan dia adalah individu pertama yang menghasilkan jenis tudung itu sejak dari tahun 2019 lagi.
Aku tahu aku tak mampu nak lawan brand besar dia sebab dia seseorang yang dikenali dalam industri. Saya bukan siapa-siapa, jenama tudung saya pun kecil dan awak boleh ambil idea orang lain macam tu je.
Aku sakit hati bila ada orang ambil idea tu sedangkan mereka tak tahu betapa susahnya aku nak kekalkan produk ni dalam market.
Founder sedih idea ‘dicuri’
Sumber: Yusfariq Iqmal