berita

Pemuda ‘Misteri’ Datang Bantu Kebumikan Anak Dari Awal Hingga Akhir, Bila Ditanya Rupanya Dia Seorang..

September 5th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sedihnya hati kami mendengar perkongsian dari Hanapi Jusoh dimana seorang pemuda berhati mulia hadir ke pengkebumian anaknya.

Pada awalnya, lelaki ini bertungkus lumus membantu semadikan jenazah namun ramai yang mempersoalkan ‘identiti’ lelaki tersebut. Apabila ditanya rupanya..

Pemuda berhati mulia

Pemuda Berhati Mulia

Alhamdullillah jenazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi semalam pada jam 12 tengahari. Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

Semalam, ketika bersedia untuk solat jenazah ke atas jasad Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kuburan..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jenazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh. Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir. Lalu ayah Alif menegurnya. “Encik dari mana..kawan Alif ke..sebab tak pernah tengok.

Rupanya seorang doktor merawat anaknya

“Pakcik, sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di Hospital. Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif. Saya minta maaf banyak-banyak..saya dah lakukan yang terbaik..Allah lebih sayangkan dia..dia muda lagi tak ada dosa..saya tak ada kuasa..Allah maha kuasa..saya doktor pun akan mati..” Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat. Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pesakitnya. “dok apa lah doktor. Kita redha blake doh..doktor buat yang terbaik doh”.

Mulianya hati doktor muda ini

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta. Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata : “Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya. Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya. Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya. Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Sumber : Hanapi Jusoh

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×