Seorang pemuda di aplikasi X tampil meluahkan rasa peliknya terhadap segelintir netizen yang dilihat begitu mudah bersimpati melihat tangisan usahawan kontroversi, Nur Sajat setiap kali dirinya melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis Makan Kuih Seri Muka Hasil Tunjuk Ajar Netizen – ‘Terima Kasih, Sumpah Sedap’
‘Takyah lah korang backup sangat’
Kes dia clear cut jenayah. Takyah la korang backup sangat. Dia sunyi dia punya pasal. Dah tu kenapa lari?
Tolak tepi isu dia ni trans ke apa ke. Kes jenayah tak kenal kau laki ke perempuan atau trans waima non binary sekali pun. Kau kene jelas kat situ https://t.co/AHG2GR4Tsp
— Matt Hamzah (@mvtthvmzvh) October 3, 2023
Menerusi ciapan yang dibuat individu dikenali sebagai Matt Hamzah, dia menasihatkan agar orang ramai tidak mudah bersimpati dengan usahawan tersebut yang mengatakan dirinya sunyi hidup sendirian tanpa keluarga di sisi.
Dakwa Matt, tindakan Sajat yang membawa diri ke Australia bukanlah berkaitan dengan soal jantina yang cuba dibawanya namun adalah kerana usahawan tersebut terlibat dengan kes jenayah di Malaysia.
Kes dia clear cut jenayah. Takyah la korang backup sangat. Dia sunyi dia punya pasal. Dah tu kenapa lari?
Tolak tepi isu dia ni trans ke apa ke. Kes jenayah tak kenal kau laki ke perempuan atau trans waima non binary sekali pun. Kau kene jelas kat situ.
Bukan isu jantina
Dalam pada itu, Matt mengatakan bahawa apa yang dilakukan Sajat sebelum ini jelas menunjukkan dia terlibat dengan kes jenayah.
Buat business bengkung ade kes tipu pelanggan, ada kes pecah amanah. Ada kes mahkamah la senang cerita.
Dia lari ke Australia bukan soal isu jantina sangat pun. Kalau dia berani dia balik la Malaysia settle kes dia semua.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan kesedihan Sajat yang sedih selepas memasak beberapa juadah kegemarannya sewaktu berada di Malaysia.
Sajat juga dilihat tidak dapat menahan sebaknya kerana rindu akan keluarganya yang berada di Malaysia.
Sumber: Aplikasi X