berita

Pemuda Viral Laung Azan Merdu Di Mesir Dilamar Wanita Indonesia, Ajak Datang Rumah!

February 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa minggu lalu, viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang penyanyi dari Malaysia iaitu Sharul Kamal sedang melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir. Kemerduan dan kelunakan suara ketika melaungkan azan di masjid berkenaan telah membuatkan ramai yang ‘jatuh hati’ kepadanya terutama kaum wanita.

Terbaru di Twitter, Sharul memuat naik satu kiriman khas yang diterima olehnya daripada seorang wanita. Ternyata kiriman yang diterima itu mencuri tumpuan netizen.

Antara direct message yang diterima

Menurut Sharul, seorang wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia telah melamar dirinya sebaik sahaja video tersebut viral di media sosial. Antara ayat yang dihantar wanita tersebut ialah sudikah penyanyi itu menjadi suaminya dan dia sedia menunggu jawapan tersebut.

Azan versi TV3

Pada masa yang sama, seorang pengguna Twitter berkongsi satu video azan versi TV3 yang mempunyai suara Sharul. Ternyata perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya kagum akan kelunakan suara penyanyi itu.

Dah balas belum?

Sumber: Sharul Kamal 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×