Bagi membantu seorang wanita warga emas mempertahankan tanah keluarga, penyanyi rap Snoop Dogg menghulurkan bantuan sebanyak $10,000 (RM45,000).
Artikel Berkaitan: Sekian Lama Menyepikan Diri, Gigi Kuning Johnny Depp Jadi Perhatian Peminat
Teringatkan ibu dan nenek
Menurut laporan CNN, pelantung lagu ‘Young, Wild & Free’ itu berbuat demikian kerana teringat akan ibu dan neneknya.
Saya melakukannya (menderma) dari hati. Dia mengingatkan saya kepada ibu dan nenek saya.
Difahamkan, sebuah kumpulan pembangunan bernama Bailey Point Investment LLC merancang untuk membina 147 rumah baharu di Pulau Hilton Head yang turut merangkumi tempat tinggal wanita yang bernama Josephine Wright.
Bailey Point Investment LLC dilaporkan turut menawarkan Josephine $30,000 (RM136,000) untuk tanah itu, namun ditolak.
Susulan itu, wanita yang berusia 93 tahun itu cuba mengumpul wang menerusi kempen GoFundMe sebagai cara mendapatkan semula tanah itu.
Walau bagaimanapun, Josephine disaman oleh kumpulan pembangunan tersebut yang mendakwa beberapa struktur tanah Josephine berada di atas harta mereka.
Josephine kemudiannya memfailkan saman balas terhadap syarikat berkenaan, namun tindakannya itu didakwa sebagai ugutan.
Berita mengenai perkara ini telah membuatkan Snoop Dogg mengambil keputusan untuk membantu Josephine untuk mempertahankan tanah yang merupakan kediamannya bersama tujuh anak termasuk 40 cucu dan lebih 60 orang cicit sepanjang 30 tahun mereka tinggal di sana.
Selain Snoop Dogg, pelakon, Tyler Perry turut menyokong perjuangan wanita berkenaan dan kini Josephine berjaya memperoleh RM1.2 juta daripada Rm1.5 juta yang diperlukan.
Sumber: CNN