
Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal, Ameera Khan sering terpalit dengan pelbagai kontroversi dan apa-apa sahaja perkongsian yang dibuat melalui akaun peribadi di media sosial pasti mendapat perhatian netizen.
Terbaru, adik kepada pengacara terkenal ini meluahkan pandangan dan perasaannya terhadap apa yang dilontarkan netizen terhadap dirinya melalui insta story yang dimuatnaik melalui akaunnya.
‘Orang tetap akan tinggalkan komen menjijikkan..’
‘Orang yang bencikan kita ni sebenarnya insecure, lemah..’
‘Tak ada cara untuk saya gembirakan semua orang..’
‘Bukan duit kau pun, stop it..’
Namun, Adik kepada Neelofa ini sedih kerana setiap kali dia berkongsi tentang perkembangan produk yang akan dilancarkan pasti ada sahaja komen yang menjatuhkan. Dia sedar bahawa dia tidak bermula dari bawah dengan usaha sendiri malah dapat pertolongan daripada ahli keluarga lain untuk memulakan perniagaan tersebut, tetapi baginya untuk memulakan perniagaan memerlukan lebih dari sekadar duit yang banyak. Dia juga mengakui dia bukanlah spoiled brat, dia sekadar menggunakan kelebihan yang diberikan kepadanya dan tidak melihat itu sebagai satu kesalahan.
‘kompem lemas 10 minit’
Kalau korang selalu mengikuti akaun instagram Ameera Khan pasti korang perasan tentang komen-komen jijik yang menjurus kepada gangguan seksual dalam ruangan komen pada gambarnya. Ada juga komen yang sering menuduhnya menggunakan duit hasil daripada kerja keras kakaknya. Banyak lagi komen yang lebih dasyat ditinggalkan pada gambar-gambar yang dimuatnaik oleh gadis ini sampai admin sendiri pun tak mampu nak baca. Harap Ameera terus bersikap positif.
Credit: littlemisskhan