Nama Noor Neelofa kembali menjadi bualan selepas ada netizen yang mempertikaikan tujuan selebriti sensasi itu memakai purdah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tampil Anggun Dengan Solekan Mata, Netizen Persoal Tujuan Neelofa Berpurdah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pakai Niqab Tetapi Mata Sangat Cantik’ – Ustazah Asma’ Harun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan
Suami bagi ‘green light’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Neelofa memuat naik satu hantaran yang memaparkan suami tercinta, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail membantu dalam menatarias isterinya supaya kelihatan anggun.
Dalam foto tersebut, usahawan berumur 33 tahun ini menyatakan setiap penampilan yang digayakan mendapat keizinan daripada Haris atau dikenali sebagai PU Riz.
Selain itu, kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, Haris, 27, juga yang membantu mengikat baju dan pin tudung di bahagian belakang.
Sebelum ini, solekan minimalis di bahagian mata Neelofa didakwa menonjol sehinggakan mencuri perhatian ramai orang.
Pada tahun 2020, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Instagram @lofa.page