Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.
Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Ilmu Ustazah Asma’, Peminat Sejuk Mata Tengok Perubahan Oktovia Manrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tampil Anggun Dengan Solekan Mata, Netizen Persoal Tujuan Neelofa Berpurdah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Masuk Syurga’ – Ifa Raziah Menangis Jumpa Ustazah Asma’ Harun
Mata tarikan utama
@f4tin4yu90 #niqab #subahanallah #ustazahasmaharun ? bunyi asal – 4yuKamil90
Menerusi video yang tular di TikTok, Ustazah Asma’ berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.
Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja.. semua wanita lah. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.
Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah Allahuakbar.
Bersolek usah sampai tabaruj
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.
Sama ada pakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah kita natural. Kecuali mungkin pakai bedak sikit, sunblock ke krim untuk menutup cela.
Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti iaitu dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj.
Sumber: TikTok @f4tin4yu90