Anak sulung kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ahmad Fakhruddin Attar baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang kelapan, semalam (24 Ogos). Bagi menyambut hari penting itu, Aeril dan Wawa telah mengadakan sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Padahal Duduk Rumah Je’ – Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Kedua
Bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah & mama
View this post on Instagram
Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Aeril, 32, mendedikasikan ucapan khas yang menyentuh jiwa.
Menurut pemilik nama Suhairil Sunari, Attar adalah sumber kekuatan utama di saat rumah tangga mereka bergolak dengan kontroversi panas pada awal perkahwinan.
Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu turut mengingatkan Attar untuk menjadi abang yang bertanggungjawab dalam menjaga adik-adiknya termasuk dalam bab agama.
Nampak baby bump la
Namun, selain itu apa yang mencuri perhatian warganet adalah penampilan Wawa yang didakwa sedang berbadan dua.
Dakwa peminat, mereka seakan-akan melihat baby bump pada bahagian perut Nur Hawa Zainal Abidin.
@asfahanimznl: Nampak baby bump la.
@izyanhie: Baby bump.
@eliy_qistina: Wawa mengandung ke?
@emmar_fauzi: Nampak dah baby bump Wawa. Alhamdulillah.
@hajar_313: Rasa macam ya. Sebab pernah Aeril tulis jangan lupa buku pink masa Wawa nak pergi vaksin haritu.
Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan atau makluman dibuat oleh Aeril mahupun Wawa.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan tiga orang anak, Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 1.
Sumber: Instagram @aerilzafrel