berita

Penangan Mia Dan Khuzairi, 7 Hari Mencintaiku 2 Raih 12 Juta Tontonan!

August 21st, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Setelah bersiaran sebanyak 33 episod di slot Akasia TV3, drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku 2 lakonan Syukri Yahaya dan Siti Saleha telah melabuhkan tirai pada 17 Ogos lepas. Drama tersebut tidak dapat dinafikan telah mendapat tempat di hati penonton dan jumlah tontonan secara rasmi mencecah 12 juta!

Trending sejak ditayangkan

Drama kesinambungan dari 7 Hari Mencintaiku (2016) yang diadaptasi dari novel tajuk yang sama ini telah berjaya mengutip sebanyak 12 juta tontonan sepanjang 33 episod tayangan dan berjaya memperoleh 5 juta tontonan untuk episod terakhir sahaja!

Di samping plot cerita yang menarik, lakonan mantap para pelakon popular seperti Siti Saleha, Syukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Bil Azali, Kazar dan Liza Abdullah juga antara faktor penyumbang kejayaan drama ini.

Walaupun telah melabuhkan tirai, drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang memulakan tayangannya pada 2 Julai 2020 lepas itu masih trending di media sosial sehinggakan ada yang mengambil kesempatan membuat video parodi dari potongan babak dalam drama tersebut.

SKIP THIS AD ×