berita

‘Jika Khuzairi Sabar, Dia Mampu Kendali Emosi & Ego Mia’ – Da’i Wan

August 15th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dibintangi pelakon hebat tanah air Shukri Yahya dan Siti Saleha, drama 7 Hari Mencintaiku sekali lagi mencetuskan fenomena apabila berjaya membuatkan penonton turut sama beremosi. Sarat dengan pelbagai konflik, drama ini walau bagaimanapun memberi seribu satu pengajaran kepada umum.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Jatuh Air Mata Jantan! Budak Lelaki Ini Pun Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Da’i Wan menerusi Instagram memberi pandangan peribadinya mengenai apa yang boleh diambil daripada drama ini. Ternyata, ego boleh meruntuhkan sesebuah ikatan rumahtangga.

Ujian ego ini besar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

#7harimencintaiku

Pada akhirnya saya lihat keegoan sering kali menjadi punca mengapa pasangan yang telah berkahwin tidak mampu mengekalkan hubungan sesama. Ujian ego ni besar. Terkadang saya turut merasa takut dengannya. Sebab memang disebabkan ‘Ego’, telah merekodkan berapa ramai pasangan bercerai. Di sebalik keegoan inilah timbulnya faktor tidak serasi dan tidak sefahaman. Walau macam mana pun berbeza perangai & sikap pasangan kita, namun disebabkan kita ego, mahu dia yang berubah dan bukan kita, menjadikan sesebuah hubungan itu sangat berat sebelah dan bahkan paling pedih & sedih, bila satu pihak sahaja yang terasa, dan terus makan hati dalam diam. Manusia mana yang mampu bertahan menahan perasaan terluka selamanya. Tiada seorang pun yang mampu melakukan itu. Maka, sebelum ia berlaku, setiap pasangan suami & isteri perlu benar-benar faham, dan rasai apa yang saya nak sampaikan tentang ‘Keegoan’ dalam rumah tangga masing-masing. Ia merugikan. Ia tak pernah membawa kebaikan. Jadi jangan tenggelam dengannya. Simpanlah nasihat saya ini sedalam-dalamnya.

Belajar daripada 7 Hari Mencintaiku 2

 

View this post on Instagram

 

Mia sayang Abang… ? Ep 32/33 #7harimencintaiku2

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on

Bahkan, keegoan pada akhirnya akan selalu buat kita kesal dihujung waktu. Berapa ramai kita mementingkan rasa di hati sendiri kerana ‘Keegoan’, lantas tak mahu memaafkan kesalahan pasangan masing-masing, atas sebab dia sering kali berbuat salah. Selagi salah dia itu bukan hal yang besar, bukan hal yang melanggar syarak, maka baik suami atau isteri belajar, dan belajar untuk melepaskan ‘Rasa terluka’ itu dengan cepat ‘Memaafkan’. Berapa ramai pasangan yang terduduk menangis tidak terhenti, kesal tidak berkesudahan bila pasangan hidup kita ditarik nyawanya untuk kembali pada Allah SWT selama-lamanya. Jangan biarkan benda tu berlaku pada diri masing-masing. Belajar tentang itu.

Ingat, keegoan seorang suami, dan seorang isteri tak pernah menjadi satu kebaikan, tapi sebaliknya satu kerugian. Maka belajar dari sinopsis 7HMK2 ini, yang hanya kekesalan & kekecewaan sahaja yang akan bertandang buat suami & isteri bila keegoan berada dalam diri masing-masing.

Bagi saya, jika Khuzairi bersabar, dia akan mampu kendali emosi Mia, & akan mampu buang keegoan Mia. Itulah perlu suami yang berjiwa mendidik. Tugas mendidik jika tak disertakan kesabaran, maka even seorang suami pun takkan mampu mengendali seluruh keturunannya.

Dah jatuh talak ke?

Apabila ditanya mengenai status perkahwinan Mia Adriana dan Khuzairi, Da’i Wan menjelaskan jika tidak dilafazkan talak, perkahwinan masih sah walaupun Khuzairi sudah berkahwin lain.

Sumber : Da’i Wan

SKIP THIS AD ×