Selepas empat tahun menanti, penyanyi, Hetty Sarlene, selamat bersalin anak lelaki di Singapura, semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hetty sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!
Keajaiban buat saya dan suami
He is here! 28/01/21 – 3:25pm our little miracle boy came into this world. Weighing at 3.2kg. ?We would like to introduce you to our little handsome boy LANDON ALEXANDER OAKES. ?All the pain, the sleepless nights, almost 16 hours in labour, 2-3minutes of intense contractions, the pushing, the nausea is worth it!Welcome to the world our son. Mummy & daddy loves you.
Menerusi perkongsian tersebut, Hetty memberitahu bahawa dia dan suami telah sepakat memilih nama Landon Alexander Oakes untuk anak mereka. Tambah Hetty, kelahiran Landon disifatkan sebagai keajaiban buat diri mereka.
Bercerita lebih lanjut, Hetty turut memberitahu bahawa dia selamat melahirkan Landon pada pukul 3.25 petang semalam dan beratnya anaknya itu seberat 3.2 kilogram. Hetty turut memaklumkan yang dia tidak dapat tidur malam dan terpaksa menahan sakit selama hampir 16 jam ketika berada di dalam bilik bersalin. Terdahulu, Hetty berkongsi khabar gembira dia hamil selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suami iaitu Dani atau nama sebenarnya Daniel Oakes.
Sumber: Hetty Sarlene