Berat badan berlebihan menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu berdepan dengan orang ramai. Perasaan rendah diri itu semakin ketara apabila ada mulut-mulut sumbang yang mula melontarkan kata-kata negatif.
Seperti perkongsian gadis ini di Twitter, gara-gara penat diejek gemuk. Dia nekad mengurangkan berat badan dan berjaya turun sehingga 17kg.
Turun 17kg
Bermula pada Ogos sehingga penghujung April tahun ini, gadis ini mula mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga jumlah kalori yang diambil. Pada waktu sarapan pagi, dia mengambil makanan yang mengandungi protein seperti telur dan roti.
Selepas itu, untuk makan malam dia mengambil setengah tin tuna dan telur yang digoreng tanpa minyak.
Bersenam dan makan ikut keperluan kalori
Apa yang paling penting adalah mengamalkan senaman selama 5 hari seminggu selain mengelakkan makanan berminyak, manis dan berlemak.
Sumber : Cami Hanizam