Setelah empat tahun bertungkus lumus, penyanyi Sissy Imann akhirnya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang muzik. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Kecewa Dengan Diri Sendiri’ – Sissy Imann Mahu Jaga Kesihatan Mental, Nafi Kecil Hati Dengan Mas Idayu
Selesai buat master
Berita gembira itu dikongsikan oleh Sissy sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, perjalanan empat tahun menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) disifatkan sebagai suatu kenangan yang manis dan sebak apabila mengenangkan usaha dilakukan bagi menggapai impian.
Bukan perjalanan yang mudah bagi saya, tetapi saya bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat untuk sambung belajar. Sekarang semuanya sudah selesai. Saya harap thesis yang dihasilkan ini akan memberi kebaikan kepada golongan akademik dan mereka yang berada di dalam industri muzik.
Menerusi posting tersebut juga, Sissy berterima kasih kepada pensyarah dan penyelianya.
Terima kasih Dr @teachernad jadi supervisor yang terbaik. Sampai ke Jakarta la kita berjalan sama-sama tengok orchestra Erwin Gutawa haha. Okay untuk penghargaan yang lebih detail baca ja la acknowledgement.
Pelantun suara ‘Namaku Padamu’ ini turut memberi kata-kata semangat buat semua pelajar di luar sana agar sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah berputus asa.
Untuk mereka yang tengah berjuang, ingat ini saja..Kalau saya boleh, awak pun boleh. Teruskan. Tahu-tahu dah habis nanti. Jangan putus asa. Saya ambil masa empat tahun untuk habiskan master.
Sumber: Sissy Imann