berita

Penceramah Motivasi Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap 9 Pelajar Lelaki Di Asrama

November 26th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap sembilan pelajar lelaki di asrama sebuah kolej di Kuala Terengganu.

Penceramah lakukan amang seksual

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Free Malaysia Today, suspek yang berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan. Difahamkan, tertuduh merupakan seorang penceramah yang secara sukarela memberi motivasi kepada para pelajar di sekolah asrama terbabit.

Menurut sumber, bagi kesalahan pertama hingga ketujuh, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki berumur 17 dan 16 tahun antara Mac hingga 11 November lepas manakala bagi empat lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap dua pelajar berumur 17 tahun pada 10 dan 11 November.

11 Januari sebutan semula kes

Sekadar gambar hiasan

Suspek didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Hakim Nooriah Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan supaya melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×