Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kemanisan serta kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua orang bernasib baik dan mampu mengecapi kebahagiaan itu.
Terbaru, seorang penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali dengan paanggilan UAS telah sah bercerai dengan isterinya iaitu Mellya Juniarti.
Permohonan penceraian diluluskan
Menerusi laporan Tribun News, UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas permohonan penceraiannya itu diluluskan oleh hakim di mahkamah syariah Bangkinang. Persidangan itu telah berlangsung tanpa kehadiran UAS sementara bekas isterinya, Mellya dikatakan telah menghadirkan diri tetapi kedatangannya ke mahkamah agak lewat.
Menurut sumber, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga bermula tahun 2012 namun, Ustaz Abdul Somad kemudian mendaftar untuk menceraikan isterinya pada 12 Julai 2019.
Didakwa kurang beri nafkah zahir
Permohonan cerai itu walau bagaimanapun telah diluluskan dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing. Menurut jurucakap mahkamah, isu ini sudah bersidang sebanyak 11 kali termasuk proses rundingan. Sementara itu, pendakwah terkenal Indonesia dan isterinya ini diberi tempoh selama 14 hari untuk menerima keputusan makhkamah berkenaan atau membuat rayuan.
Mellya ketika ditemui wartawan di luar mahkamah enggan memberi komen mengenai dakwaan Ustaz Abdul Somad kurang memberi nafkah zahir.
Saya enggan memberi komen. Tanyalah ustaz kerana dia yang membuat permohonan (cerai).
Sumber: Tribun News, Berita Harian