berita

Pencuri Lalok Tersalah Masuk Rumah Polis, Menyesal Tak Sudah!

November 24th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itu peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang pencuri yang memecah masuk sebuah rumah. Pencuri tersebut tersalah ‘langkah’ apabila memasuki rumah seorang pegawai polis di Taman Sourabaya Indah, Kuching, semalam.

Salah masuk rumah

Foto: Info RoadBlock JPJ/Polis

Memetik laporan Berita Hariansuspek yang berusia 22 tahun, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah telah ditahan oleh pihak polis. Ketika kejadian, suspek telah ditahan sendiri oleh penghuni rumah tersebut (pegawai polis). Pegawai polis itu, terjaga daripada tidur akibat bunyi yang mencurigakan datang dari arah pintu utama.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, pegawai tersebut yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, mendapati suspek sudah berada di dalam rumahnya ketika itu.

Sudah dihantar ke balai

Foto: Info RoadBlock JPJ/Polis

Pegawai polis itu bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek sebelum menghantarnya ke balai polis berhampiran.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan, pihak polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Tambahan pula, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian & Info RoadBlock JPJ/Polis

×