Polis Britain menahan seorang pencuri ketika dia sedang nyenyak tidur di dalam sebuah kereta selama semalaman selepas memecah masuk ke dalam kenderaan tersebut.
‘Tak tahu nak ketawa ke nangis’
Tangkap layar rakaman CCTV (Foto: The Sun)
Memetik laporan The Sun, pencuri itu dilihat berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut sebelum membuka pintu sebuah kereta jenis Audi Q7 yang diletakkan diluar sebuah rumah di Midlands Barat, England baru-baru ini.
Pencuri tersebut mengambil wang tunai, fon kepala dan beberapa barangan peribadi sebelum tertidur selama enam jam. Perkara itu kemudian disedari oleh anak pemilik kenderaan tersebut keesokan paginya.
Kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.
Ia agak menakutkan apabila melihat terdapat seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam kereta, namun kelakar kerana dia begitu nyenyak tidur di dalamnya.
Pemilik kenderaan, Zoe Reed berkata, pencuri berkenaan dikejutkan oleh anggota polis yang tiba selepas dihubungi.
Anggota polis mengejutkannya dan berkata ‘Helo, apa yang anda buat di sini?’
Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.
Kami berpeluang melihat situasi kelakar itu. Terdapat pencuri paling malas di Britain yang tidur di dalam kereta kami.
Video
https://www.youtube.com/watch?v=eVdPMGopgMQ
Sumber: The Sun