Indonesia kehilangan seorang pendakwah disayangi ramai, Syekh Ali Jaber yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi tadi. Syekh Ali Jaber merupakan seorang pendakwah dan ahli ulamak yang berasal dari Madinah sebelum menjadi warganegara Indonesia pada tahun 2012.
Meninggal dunia di Rumah Sakit Yarsi
Menerusi kiriman posting dari Yusuf Mansur menyampaikan berita dukacita memaklumkan pendakwah Indonesia itu telah sah meninggal dunia pada pagi tadi di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.
Memetik laporan Kumparan, Shekh Ali Jaber dilaporkan positif Covid-19 sejak akhir bulan Disember 2020 lagi. Dia telah menjalani proses kuarantin kendiri sebelum keadaan menjadi teruk dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Dia sempat merakam video dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat dirinya.
Dilaporkan beberapa hari kemudian, kondisinya menjadi semakin teruk dan terpaksa berpindah ke bilik ICU untuk dipasang bantuan penafasan.
Indonesia berduka…
View this post on Instagram
Sumber: Kumparan, Yusuf Mansur