berita

Pendapatan Terjejas Akibat Covid-19? Ini Cara Kira DTI Untuk Mohon Moratorium Bersasar

August 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kewangan & Pelaburan

Permohonan lanjutan moratorium boleh dilakukan peminjam yang layak bermula 7 Ogos lalu. Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan moratarium yang dilaksanakan oleh kerajaan dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menerusi Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa, lelaki ini kongsi mengenai golongan yang perlu mohon moratorium bersasar. Jom baca!

Siapa yang perlu mohon moratorium bersasar?


Secara generalnya, ia terbuka kepada sesiapa yang punca pendapatan terjejas. Ye lah kan, kalau dah pendapatan terjejas, macam mana nak bayar hutang? Duit nak makan pun paras2 hidung je. Ini kan pulak nak bayar hutang. So, macam mana kita nak tau bila kita perlu mohon moratorium ni? Pada saya yang paling mudah, bila kita tidak dapat memenuhi keperluan asas dan Debt to Income Ratio (DTI) dah lebih 50%. Bila dah tahap macam ni, cepat-cepatlah pergi bank mohon moratorium bersasar tu. Tapi mesti ada yang tanya, apa benda yang dikategorikan sebagai keperluan asas?

Ada orang perlu internet. Ada orang tak perlu pun. Ada orang perlu penapis air sebab air paip di kawasan dia dah macam Teh Tarik. Ada orang tak perlu pun sebab belakang rumah ada perigi yang air dia mak oi….bersihnya air tu sampai boleh jadi cermin muka! So, untuk standardize kan maksud keperluan asas ni. Saya sarankan untuk merujuk “Maslow’s hierarchy of needs”. Korang boleh Google kalau nak tau lebih lanjut.

Kalau ikut Encik Maslow, manusia paling basic kena ada psychological needs. Apa benda psychological needs ni. Psychological needs ni contohya kena ada air, makanan, pakaian, rumah. Betul lah tu kan, bila tak makan, tak ada tempat nak berlindung, lama-lama manusia pun boleh sakit. Bila dah sakit. Macam mana nak cari kerja? Bila tak boleh cari kerja. Macam mana nak jana pendapatan. Betul tak? Then, macam mana pulak nak kira DTI? DTI = Jumlah hutang / Jumlah Pendapatan Kasar. Kategori keperluan asas pun dah jelas. Kira DTI pun dah tau. Jadinya, jom kita tengok contoh ni.

Contoh pengiraan

Encik R sebelum COVID-19 gajinya RM6,000. Isteri tak bekerja, ada seorang anak berumur 3 tahun. Gaji bersih Encik R lepas tolak EPF, SOCSO, PCB, EIS adalah lebih kurang RM 5,000.

House Loan: RM 1,400
Car Loan: RM 500
Ansuran Motor: RM 230
Total: RM 2,130

So, baki gaji yang tinggal lepas tolak hutang RM 2,870. Dari RM 2,870 ni lah Encik R bahagi2kan seperti di bawah:

Belanja barang rumah (makanan, susu, pampers and bla2): RM 800
Nafkah Isteri: RM 150
Makan di office: RM 6 x 20hari = RM 120
Insurans kesihatan: RM 150
Bil Elektrik: RM 150
Bil Air: RM 12
Bil telefon (suami isteri): RM 150
Minyak motor: RM 60
Servis Motor: RM 60
Minyak kereta: RM 250
Total: RM 1,902

Bila dah ditolak keperluan asas tu baki gaji yang tinggal ada lah RM 968. Ok lah kan..ada lebihan. Boleh lah bagi mak bapak. Bayar insurans hibah, bawak anak jalan2. Bayar tol. Simpan sikit dalam RM 200-300 sebulan.

DTI dia pun ok dalam 35% (RM 2,130 / RM 6,000).

Tapi bila COVID-19 melanda, company Encik R potong gaji dia sebanyak 30%. So, gaji kasar Encik R sekarang dah jadi RM4,200. Gaji bersih Encik R lepas tolak EPF, SOCSO, PCB, EIS pun dah jadi lebih kurang RM 3,600. Bila di tolak gaji bersih dengan hutang yang akan dibayar start bulan Oktober ni. Baki gaji bersih Encik R dah jadi RM 1,470. Alamak,nak serve keperluan asas pun semput ni. Sebab nak fulfil keperluan asas perlukan dana RM 1,712. Kadar DTI pun dah jadi 50.47% (RM 2,130 / RM 4,200) Maka Encik R kena catu perbelanjaanlah jawab nya.

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×