berita

Pendarahan Dalam Kepala Selepas Jatuh, Bapa Zahid AF Meninggal Dunia

March 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Bapa kepada penyanyi terkenal, Zahid iaitu Bahardudin Md Arif  telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mac 2020 (Rabu) sekitar 4.16 petang.

Menghembuskan nafas terakhir

https://www.instagram.com/p/B94M70FJRsJ/

Beberapa hari yang lalu, Zahid ada berkongsi satu foto di laman Instagram miliknya yang memaparkan bapanya sedang terlantar sakit di hospital. Menerusi kapsyen tersebut, dia memohon orang ramai agar menitipkan doa agar bapanya itu diberi kesembuhan.

Namun, pada 18 Mac 2020 menerusi satu perkongsian di Instagram, Zahid yang juga merupakan bekas juara program realiti nyanyian, Akademik Fantasia 2 telah memaklumkan sendiri tentang pemergian bapa tercintanya itu. Zahid turut memberitahu bahawa bapanya telah menghembus nafas terakhir di Hospital Teluk Intan, Perak.

Pendarahan di kepala

Menerusi laporan Berita Harian, Zahid turut memberitahu sebelum ini iaitu pada 7 Mac yang lalu bapanya telah dikejarkan ke hospital selepas terjatuh di rumah mereka. Bapanya yang berusia 70 tahun itu kemudian telah ditahan di wad selama 11 hari kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Sebenarnya, sudah 11 hari bapa dirawat kerana pendarahan di kepala. Tapi bapa masih bertahan. Cuma, hari ini Allah lebih sayangkannya… Saya reda.

Sementara itu, Zahid memberitahu jenazah bapanya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Sultan Abdullah, Teluk Intan pada 19 Mac 2020 (Khamis). Tambahnya lagi, buat masa ini tiada sebarang maklumat terperinci yang boleh dikongsikan memandangkan dia kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa urusan penting.

Inshaa-Allah, jenazah bapa saya akan disemadikan di Teluk Intan pada esok hari dan maklumat terperinci akan saya dikongsikan nanti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sumber: Zahid Baharudin, Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×