Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat pendirian syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Universal Music Group (UMG) tidak sama susulan tindakan UMG yang mengecam serangan pejuang Hamas terhadap Israel.
Tetap sokong Palestin
Menurut Siti, dia bukan artis naungan syarikat rakaman itu, tetapi pernah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar bagi album terbarunya, Sitism.
Saya percaya pendirian Universal Music Malaysia tidak sama. Namun kenyataan yang dibuat UMG sangat mengejutkan kerana mereka adalah sebuah syarikat rakaman antarabangsa. Namun, apa yang disuarakan UMG tidak sama dengan pendirian saya dan sehingga hari ini masih tetap menyokong Palestin.
Saya juga ingin tegaskan kerjasama dengan Universal Music Malaysia hanya sebagai pengedar. Saya bukan artis naungan mereka.
Sebelum ini, UMG membuat kenyataan di media sosial dan seolah-olah menyokong tindakan Israel. Perkongsian di media sosial itu menerima kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat terbabit.
Sumber: Harian Metro