berita

Penduduk Dakwa Solat Berjemaah, Tadarus Punca Kes Naik Mendadak Di Kampung Pauh Lima Kelantan

May 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang ketara di negara kita, bahkan menerusi statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 470 ribu kes terkumpul dengan 1,902 kes melibatkan kematian.

Berpunca daripada aktiviti di surau

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, sebanyak 78 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 11 hari di Kampung Pauh Lima, dekat Bachok. Difahamkan, kes tersebut dipercayai berpunca daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah dan aktiviti tadarus di sebuah surau yang secara tidak langsung menjangkiti penduduk kampung berkenaan.

Jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin jumlah tersebut berjaya dikenal pasti setelah membuat saringan terhadap 238 individu yang lain.

Terdapat dua kematian yang dicatatkan di lokasi itu dan kita masih menyiasat punca kes jangkitan. Saya menasihatkan orang ramai supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan Covid-19 daripada menular.

Kadar kebolehjangkitan juga tinggi di Kelantan dan wujudnya varian baru yang cepat merebak dan lebih agresif.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan mana-mana individu yang mempunyai gejala dan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk tampil membuat ujian saringan di tempat yang telah ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×