berita

Penerbit Eksekutif Geram Pengarah, Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah – ‘Kami Takkan Ikat Jamin Mereka, Nama Digugurkan’

October 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengakui terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Buat Hal, Kantoi Positif Dadah

Artikel berkaitan: Pelakon Kena Tahan Positif Dadah, Nama Niezam Zaidi Kena ‘Petik’ Dengan Netizen

Pihak produksi sangat terkilan

Menerusi laporan Harian Metro, Syafiqa meluahkan rasa terkilan apabila pengarah dan penolong pengarah yang sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus bagaimanapun didapati positif dadah.

Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini. Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta. Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai.

Tambah Syafiqa, dua nama yang digugurkan akan digantikan dengan indvidu lain yang lebih layak mengalas tugas terbabit.

Dalam proses mencari pengganti

Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika. Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi. Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur.

Terdahulu, seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan bersama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak. Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol, manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×