Lebih dikenali sebagai batuk 100 hari, pertusis adalah satu penyakit serius yang sering menjangkiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti akan batuk berterusan sehingga sukar bernafas dan boleh menyebabkan kematian.
Seperti pengalaman yang dihadapi ibu ini, selama beberapa hari anaknya batuk tidak berhenti. Satu hari dia dikejarkan ke bahagian kecemasan kerana sudah lembik dan tak bernyawa.
Beberapa hari batuk teruk
Hari ni mama berkelapangan nak kongsi apa yang jadi kat Fattah..
Fattah memang dah start batuk sejak 20hb Okt lgi. Mama dah bawak Fattah p klinik kerajaan 25hb tu, doc cakap batuk biasa ja. Akan hilang sendiri, doc pun tak bagi ubat apa-apa. Tapi batuk Fattah still berterusan dan makin teruk bunyi kahak.
26hb, Mama ikhtiar bawak p klinik Dr. zainal. Doc bagi ubat batuk dengan on neb ja dekat dia. 2 hari mama ulang alik klinik. Tapi still sama.
29hb, Mama ikhtiar lagi bawak p klink Dr. Rahim untuk sedut kahak adik. Doc cakap, kahak adik tak banyak. Lepas sedut tu, nampak adik dah ok sikit. Tak bunyi kahak dah. Mama lega sat.
31hb okt 2018
Fattah tido lena semalaman. Pagi tu bangun, mama dengar adik batuk makin teruk, makin lama, sampai mama nampk nafas adik dah laju. Mama terus call ayah nak ajak bawak adik p hospital. Tak sempat pun ayah nak balik. Mama tengah mandi, tiba2 tok panggil mama ngeh2 cakap adik dh tak bernyawa, dh lembik..
Allah ja tau mcm mana perasaan mama waktu tu.. Mama cepat2 keluaq toilet, siap2 call ambulan, sebab waktu tu tak dak sapa kt rumah, mama dgn tok ja.. Nasib baik wan adik sebelah rumah ada tolong bawak p emegency dkt kk sg dua.. Waktu tu adik dh bernafas, tapi adik lembik lagi.. Mcm dah tak dak tenaga.. Sampai klink doc just bagi bantuan oxygen kt adik sementara ambulan nak sampai..
Smpi ja gh, adik nampak stable sikit. Tapi doc cakap adik still kena warded sebab nak monitor..
Lepas masuk ward, mama bagi adik minum susu, pstu nak bagi adik tido.. Tiba2 adik batuk tak benti, smpi biru muka, smpi sesak nafas.. Kebetulan masa tu Doc pakar tgh round.. Lps tu ramai doc kerumun adik, ada sorg doc sempat gtau mama adik dh kritikal, mintak mama brsedia..
Ya Allah.. Mama lembik.. Tak terkata.. Mama nangeh smpi airmata dh kering.. Lama jgk depa proses adik, mama nmpk ramai doc dari tah mana2 lari pi kt adik.. Masa tu, mama brserah ja kt Allah.. Lps dkt 2 jam, baru smua selesa.. Depa panggil mama tgk adik.. Waktu tu, wayar dh penuh kt bdan adik, adik dh pkai oxygen..
Adik kena puasa, tak boleh mnum susu utk beberapa hari..
Doc explain kt mama, adik dh lps fasa kritikal, tp adik still belum stabil, adik still brgantung dkt mesin oxygen tu..
Oxygen dlm badan adik dah drop sgt doc ckp.. Spatutnya adik dh kena hntr p icu, tp sbb icu penuh. Doc mntk mama sabar dn tlg mnitor keadaan adik kt ward..
Positif pertusis cough
6hb nov 2018
Doc dah sahkan adik positive PETUSSIS COUGH @ Batuk 100hari.. Doc tgk keadaan adik stil teruk.. Sejak smalam, adik batuk sampai biru makin kerap.. Doc xdak choice, tpksa kluarkan sorg patient dr icu utk letak adik.. Sbb doc ckp, mama nmpk letih, doc nk suh mama balik rehat..
Mmg letih, seminggu mama jga adik kt ward, lgsg mama xtido sbb mama tkut oxygen adik drop tba2, mama xsedaq.. Ptg tu adik dh p icu.. Kt sna, smua misi yg bt.. Depa mnitor adik 24jam.. Mama sempat jgk brehat, walaupon tpaksa tdo kt tngga.. Asalkan mama dkt dgn adik..
8hb nov 2018
Adik nmpk dh stabil sikit.. Doc cuba reduce vol oxygen adik.. Slow2, smpi adik dh xpyah pkai mask tu.. Adik dh blh senyum kt mama.. Adik dh blh sembg ng mama.. Mama dh blh dukong adik.. Mama pn dh blh senyum skit, dah ada selera mkn.. Terima kasih ya Allah..
12hb nov 2018
Pukul 1pgi. Adik dah blh pindah ke ward biasa.. Abeh dh rawatan adik dkt icu.. Hari yg sma jgk, adik dh xpyh mnum susu pakai mesin, mama dah blh bg manual, tp stil pakai tiub..
14hb nov 2018
Doc buka rest tiub adik, suh mama BF adik.. Pelan2 mama bf adik + bg adik mnum pkai btoi susu.. Alhamdulillah, adik blh adapt.. Adik xmntah. Oxygen adik pn ok.. Doc buka tiub oxygen kt hidung adik, dan mnitor adik utk 1 mlm.. Alhamdulillah semua ok.. Adik tdok lena.. Esk dah blh discharge.
Tpi adik stil dlm pantauan doc.. Stil kena p followup kt hosp.. Batuk adik stil xhilang, tp dh makin brkurang.. Doc ckp batok ni xkn hilang slagi xckup 100hari.. Sekarang adik kt rmh, dah makin stabil.. Doc mntk mama mnitor adik utk smgggu ni, tgk mcm mna.. Klau blh pengawasan 24jam.. Utk smgu ni.. Insyaallah..
Disni mama nk pesan dkt ibu2 yg baru bsalin, yg bakal brsalin, yg ada ank kecik bwah 2tahun.. Berjaga2 la.. Jauhkan la ank kita dr org2 yg sakit..
Batuk 100hari @ petussis ni berpunca dr kanak2 yg umor bwah 2 tahun yg xcomplete vaccine.. Maksudnya yg xp cucuk tiap bln dkt kk.. Kalau dpt elak, kita elakkan la.. Vaccine ni penting.. Mama dh mnyesal sgt2 sbb mama xtau psai bnda ni sblm ni..
Mama dah rsa, so mama nk pesan kt ibu2 yg lain spya bhti2.. Kalau blh cubalah google psai petussis @ batuk 100hari ni..
Maaf la crita pnjg lebar..
Yg mna yg bca smpi abeh tu, trima ksih sgt2..
Mgkin blh ambil sbgai pengajaran/pengalaman utk msa akn dtg..
Sumber : Are Lyn