Apabila sebut saja nama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pasti ramai yang mengenali beliau. Manakan tidak, beliau merupakan angkawasan negara yang berjaya mencipta sejarah pergi ke angkasa lepas pada 2007.
Menerusi Instagram miliknya, beliau berkongsi beberapa keping gambar serta video sepanjang beliau menjalani projek besar tersebut yang belum pernah disiarkan di mana-mana.
Oktober bulan angkasa baginya
Jalur Gemilang di Angkasa …
Oktober merupakan bulan angkasa bagi saya dan saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa footage yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Solat, makanan, eksperimen, Al-quran di angkasan dan banyak lagi… Jadi sepanjang minggu depan saya akan kongsikan pengalaman saya berada di angkasa pada 2007. Selamat Pagi Semua…
PS – Pengalaman terbang di angkasa satuyang menyeronokkan…
Video latihan Centrifuge
Video – latihan Centrifuge.
Empat calon yang terpilih daripada 11,425, dikehendaki pergi menjalani latihan di StarCity selama sebulan sebelum dua daripadanya terpilih.
Ini ialah mini-centrifuge dimana ianya berpusing sehingga bebanan 9G – bayangkan dada anda ditekan dengan beban 9 kali badan anda dan sudah semestinya anda tidak boleh bernafas. Anda mungkin akan pengsan kerana darah tidak mengalir ke otak anda ketika itu. Haha – Sungguh menyeronokkan.
Caranya adalah menahan setiap 3 saat supaya otot betis anda mengecut dan mengepam darah ke otak… Senario sebegini berlaku semasa berlepas dan mendaratnya roket Soyuz. Saya mengalami 12G semasa pendaratan kecemasan pada masa itu.
Saya tahu kebanyakkan ahli angkasawan takut untuk memasuki mesin centrifuge, termasuklah saya sekali. Ianya bukan satu pengalaman yang menarik untuk berada dalam mesin tersebut tapi apa pilihan yang kami ada….
Cinta selalu .
PS – Russia mempunyai mesin Centrifuge terbesar di dunia di StarCity di mana kami cuba di peringkat akhir.
PSS – Spasibo = TQ
Al-quran di angkasa
Gambar – AlQuran di angkasa.
Saya bawa 2 Al-quran bersama semasa perjalanan ke angkasa. Salah satu Al-quran tersebut diberikan oleh ibu saya yang risau dengan keselamatan saya dan sentiasa ingatkan saya untuk membaca Al-quran semasa berada di ISS.
Ibu saya sentiasa risaukan saya sejak hari pertama saya menyertai Program Angkasawan tersebut. Dia juga kehilangan 1okg semasa hari ke-11 saya berada di angkasa.
Arwah ayah saya – Al-Fatihah untuk beliau yang sentiasa percaya bahawa saya adalah yang terpilih sejak dari mula lagi. Namun beliau terkejut selepas melihat perlepasan saya di Baikonaur .
MasyaAllah – Pengorbanan ibu bapa saya sangatlah dahsyat, di mana ianya memberikan saya kekuatan untuk menghadapi cabaran menjejakkan kaki di angkasa.
Dan sudah pasti mereka adalah segalanya bagi saya…
Selamat pagi semua .
PS – Al-Quran akan sentiasa berada dalam simpanan saya mengingatkan saya setiap langkah untuk menjadi Angkasawan .
Cinta selalu …
Video Latihan survival musim sejuk
Video – Latihan survival musim sejuk.
Salah satu latihan yang sukar adalah latihan survival musim sejuk. Kami berada lebih kurang 200km dari StarCity, dalam hutan dan suhu yang hampir mencecah -20 darjah.
Tiga orang kru kami memakai baju angkasawan ditinggalkan di dalam Soyuz yang kecil dan kami hanya ada tiga hari untuk lakukan apa saja untuk terus hidup. Saya masih ingat, saya memotong kayu setiap tiga jam hanya untuk membuatkan badan saya rasa panas. Salah satu kru kami patah kaki dan kami terpaksa membawanya untuk beberapa kilometer sebelum helikopter menyelamatkan kami.
Kami diperhatikan oleh pakar psikologi melalui radio komunikasi sepanjang masa.
Latihan tersebut sangat penting jika Soyuz terpaksa membuat pendaratan kecemasan ke laut, salji, gunung dan sebagainya. Secara keseluruhannya ianya amat memenatkan dan saya turun 3kg sepanjang latihan tersebut. Sekadar perkongsian …
Selamat malam semua …
UKM di angkasa
Gambar – UKM di angkasa.
Di angkasa semua darah dari kaki akan mengalir ke muka – turut dikenali sebagai “moon face” – muka menjadi padat dan membulat… Selepas 3 hari berada di angkasa, otot akan mula mengecut, tulang mengalami osteoporotic. Perubahan secara fizikal mula terjadi pada badan. Sehari di angkasa umpama anda menjalani ujian x-ray sebajak 5 kali kerana terdedah dengan radiasi.
Makanya anda perlu mempunyai badan cergas, mental yang cerdas dan psikologi yang kuat. Ianya agak sukar seorang angkasawan untuk jatuh sakit kerana doktor Rusia akan menjaga kami dengan baik sekali. Walaupun cuma selsema, anda akan dilarang untuk membuat penerbangan ke angkasa… Selamat pagi semua …
Sekadar perkongsian .
PS – UKM mungkin universiti pertama ke angkasa .
Hebat bukan?
Hebat UKM ….
Latihan di StarCity
Video – Latihan di StarCity .
Banyak perkara yang saya belajar dalam menjadi seorang angkasawan. Pertama, anda perlu mahir dalam bahasa Rusia kerana semua kelas, panduan dan butang panel pada Soyuz juga dalam bahasa Rusia. Latihan tersebut bukan saja melibatkan fizikal sahaja tetapi banyak lagi seperti teori roket, trajectories, navigasi, astronomi dan pelbagai lagi di mana ianya baru bagi saya. Dan kami diberi markah setiap bulan dengan ujian yang diadakan oleh pengajar.
Semuanya harus sempurna kerana anda tidak dibenarkan membuat kesilapan di angkasa. Tiga kru utama menghabiskan banyak masa bekerjasama untuk memastikan misi itu berjaya .
StarCity, merupakan tempat dimana semua para angkasawan berlatih, terdapat Soyuz dan ISS tiruan. Setiap orang perlu mengetahui setiap butang dan panel yang ada jika terdapat kecemasan. Terima kasih diucapkan kepada komander Yuri Malenchenko yang membantu saya sepanjang sesi latihan. Beliau merupakan salah seorang angkasawan yang paling berpengalaman dengan 6 misi dan juga yang pertama berkahwin di angkasa.
Sudah tentu ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik … pergelutan tersebut memang benar tetapi ianya sangat menarik .
Selamat pagi semua .
PS – Baju Sokol tersebut mempunyai berat 9.5kg and ianya dibuat khas untuk ahli angkasawan. Tetapi di angkasa lepas semua itu tidak penting kerana gajah pun terapung.
PSS – Saya harap saya juga mampu berkahwin di angkasa lepas.
Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor