Umum sedia maklum, adik Ainul Mardhiah telah selamat pulang ke Malaysia selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya. Kejayaan sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Prof David Dunaway, Ketua Unit Craniofacial di hospital United Kingdom, seolah memberi sinar baru buat ibu bapa Ainul.
Terbaru menerusi Facebook Ahmad Safiuddin, dia berkongsi video gelagat anaknya Ainul, yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pertama pada hari ini. Comelnya!
Selamat ulang tahun Ainul
https://www.facebook.com/ahmadsafiuddinahmadrazak/videos/2651991001491408/?eid=ARDV65AB2KFSih7-9zWoiMAtNw46XnHOh6PZhRdh66wH7pF4YC5PEDTFGqF0X9IDmgN_jyZvIACzgWB0
Menerusi video berdurasi 0:11 saat, Safiuddin bersyukur dan mendoakan anaknya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Di samping itu, dia turut berdoa supaya anaknya itu menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba yang taat, serta insan yang bermanfaat kepada masyarakat suatu hari nanti.
Pengalaman yang mengajar erti kehidupan
https://www.instagram.com/p/B1FdclDFXux/
Manakala menerusi Instagram Nurul Erwani, dia bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang paling berharga yang diberikan kepadanya dan suami walaupun mereka terpaksa melalui pelbagai pengalaman, cabaran dan dugaan dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Sebagai ibu, dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya mereka suami isteri diberi peluang untuk menjaga Ainul.