berita

Pengalaman Hamil Anak Kedua Agak Berbeza, Tasha Shilla Rasa Nak Bersolek Je

May 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, pelakon, Tasha Shilla akui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza jika dibandingkan dengan anak yang pertama. Menurut Tasha, kehamilan kali ini membuatkan dirinya gemar bersolek.

Usia kandungan 26 minggu

Menerusi posting yang dimuat naik, Tasha turut berkongsi foto wajahnya selepas bersolek sambil tersenyum memegang bahagian  perut.

Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu.

Di ruangan komen, Tasha turut memberitahu bahawa dia mengidam untuk berlakon. Tambahnya, dia berpeluang untuk menjalani penggambaran selama lima hari. Rata-rata netizen turut memuji Tasha dan mereka menyatakan seri ibu sudah terlihat di wajah pelakon tersebut.

Mesti anak perempuan nanti

Netizen turut berteka-teki mengenai jantina anak kedua Tasha Shilla nanti. Kebanyakan daripada mereka meneka bayi yang akan dilahirkan nanti adalah perempuan. Setakat ini, Tasha dan suami masih belum mendedahkan jantina anak kedua mereka.

Sumber: Tasha Shilla

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×