berita

Pengamal Perubatan Tradisional Mati Ditembak, Disyaki Bermotifkan Dendam

April 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: The Reporter

Seorang pengamal perubatan tradisional atau bomoh ditemui mati di rumah sewanya yang terletak di Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan Pahang dengan kesan tembakan pada bahagian kepalanya.

Dah call tapi tak berjawab

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa , Mohamad Abdul Rahm Nasri yang berusia 31 tahun itu sudah berkahwin dan tinggal berdua bersama ibunya di rumah sewa berkenaan kerana isterinya yang baru melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang telah pulang ke kampung. Semasa kejadian, ibu mangsa dipercayai sedang berniaga ikan kira-kira 200 meter dari kediaman tersebut.

Menurut sumber, insiden cemas itu hanya disedari oleh ibu mangsa selepas dia pulang ke rumah. Wanita ini mendapati anak lelakinya itu sudah terbaring dengan keadaan berlumuran darah. Sementara itu, adik mangsa memaklumkan bahawa ibu ada menghubungi mangsa tetapi panggilannya itu tidak dijawab.

Ibu nampak abang berada dalam keadaan terbaring namun takut untuk mendekatinya lalu kejadian dimaklumkan kepada abang sulung.

Mati ditembak

Foto: Kosmo

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.

Siasatan kami mendapati tempat kejadian itu digunakan sebagai lokasi mangsa menjalankan rawatan dan disewa oleh ibu mangsa.

Berita Harian melaporkan, mangsa dipercayai ditembak kerana terdapat beberapa kesan tembakan. Selain itu, mereka percaya pembunuhan ini kemungkinan bermotifkan dendam. Pihak polis memaklumkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo, Berita Harian

SKIP THIS AD ×