Seorang lelaki ditahan selepas didakwa melarikan isteri orang menaiki sebuah kereta sebelum dikejar polis di bandar Seri Manjung dekat Manjung, Perak, pada Rabu.
Kenal daripada WeChat
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, berlaku pergelutan antara anggota polis dan suspek sebelum lelaki itu berjaya ditahan.
Terdahulu suspek berusia 31 tahun menghubungi sorang kenalan wanita pada pukul 7.30 pagi bagi meminta bantuan.
Wanita itu ke sana menaiki sebuah kereta dengan diekori suaminya bersama rakan secara berasingan kerana bimbang keselamatan diri.
Sebaik tiba, suspek mahu memandu kereta wanita itu dengan alasan ada orang sedang mengejarnya sebelum dia menyedari kehadiran suami wanita itu dalam kereta lain.
Suspek beranggapan suami wanita terbabit adalah pemungut hutang kerana suspek sebelum ini telah beberapa kali melarikan diri atas masalah hutang yang masih belum dijelaskan.
Rempuh kereta polis
Foto: Sinar Harian
Suspek memandu kereta mangsa menghala ke Seri Manjung dalam keadaan berbahaya dan enggan berhenti apabila diarahkan anggota kereta peronda polis.
Suspek bukan sahaja tidak mahu memberhentikan kereta sebaliknya terus memecut dan melanggar lampu isyarat serta merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba menghalang kenderaan itu.
Apabila tiba di hadapan sebuah restoran, suspek menghentikan kereta dan cuba pula mengambil sebuah motosikal tetapi tidak berjaya memaksa dia kembali masuk ke dalam kereta.
Hasil semakan mendapati, suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kesalahan penyalahgunaan dadah. Hasil ujian saringan awal air kencing juga didapati suspek, positif dadah jenis methaphetamine.
Sumber: Sinar Harian