Seorang lelaki bernama Ammar Loy mendedahkan dirinya sudah 23 tahun tidak makan nasi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Mengatakan Ia Berpasir’ – Raisa Suka Makan Nasi Kandar Setiap Kali Datang Malaysia
Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Makan Nasi 2 Sudu Untuk ‘Lunch’– ‘Dah Kenyang!’
Last umur 5 tahun
Menerusi perkongsian di TikTok, Ammar memberitahu kali terakhir dia makan nasi adalah ketika umurnya lima tahun.
Jangan paksa saya untuk makan nasi, nanti hospital perginya. Last makan nasi masa umur lima tahun, sekarang dah 28 tahun. Hampir 23 tahun tak sentuh nasi.
Pada perkongsian sama, Ammar yang baru mendirikan rumah tangga berseloroh kepadanya isterinya supaya menyediakan makanan ‘western’ setiap hari.
Awak kena masakkan saya makan western setiap hari. Paling malas pun roti bakar sapu kaya pun okay dah.
Sementara itu, Ammar turut memaklumkan abangnya juga tidak makan nasi sejak usia tujuh tahun.
Tunggu giliran abang saya pula nanti naik pelamin. Sebab dia pun sama sudah 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Last dia makan nasi umur tujuh tahun. Kami hanya meratah lauk je selalu.
Sumber: TikTok