berita

Pengantin Lelaki Diberkas Atas Jenayah Dadah, Pasangan Bersanding Di Lobi Balai Polis

April 20th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Jakarta, Indonesia yang diberkas atas jenayah berkaitan dadah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di sebuah lobi ibu pejabat polis di Pulau Bali.

‘Berkahwin merupakan haknya’

Memetik laporan Coconuts, Ketua Polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas mengesahkan perkara itu dan memberitahu, perkahwinan mereka berlangsung di lobi Ibu Pejabat Polis Denpasar.

Pengantin lelaki itu ditahan bagi kes narkotik. Dia juga telah didakwa oleh pendakwa raya Denpasar

Tambah Bambang, pihaknya memberi kebenaran untuk upacara perkahwinan itu dilangsungkan kerana ia telah dirancang sebelum pengantin lelaki ditahan tahun lalu.

Kami memberi kebenaran untuk tahanan melangsungkan perkahwinan kerana ia merupakan haknya. Tahanan dan semua warganegara mempunyai hak untuk berkahwin.

Selepas tamat upacara perkahwinan mereka, pengantin lelaki dibawa semula ke penjara, manakala pengantin perempuan pulang ke rumah keluarganya.

Lelaki tersebut diberkas pada 3 Disember tahun lalu kerana memiliki dadah jenis metamfetamin seberat 163 gram dan 30 biji pil khayal.

Sumber: Coconuts

SKIP THIS AD ×