berita

Pengantin Tak Puas Hati Jurugambar Buat Kerja ‘Cincai’ – ‘Album Kahwin Dah Macam Katalog Perabot’

October 18th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap pasangan pengantin untuk mengupah khidmat jurugambar bagi mengabadikan kenangan hari bahagia mereka dalam bentuk gambar mahupun video. Malah ada juga di antara mereka sanggup mengeluarkan kos tambahan untuk mengadakan sesi bergambar ‘pre-wedding’ bersama pasangan.

Tetapi kali ini lain pula kisah yang dilalui pasangan pengantin baharu ini yang akui agak terkilan dengan hasil gambar perkahwinannya.

‘Kali ini diri sendiri yang terkena’

Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Nadia. Menurut pengantin baharu ini, dia telah memilih lokasi pernikahannya ala-ala tema ‘garden wedding’ dengan harapan momen-momen bahagianya itu dapat dirakam dengan cantik lebih-lebih lagi berlatar belakangnya alam semulajadi yang menghijau. Tetapi siapa sangka, harapan Nadia musnah selepas menerima gambar perkahwinannya yang sangat mengecewakan dan tidak seperti yang diharapkan.

Selalu tengok orang je, kali ini diri sendiri yang kena. Kecewa sangat-sangat. Peringatan bagi bakal pengantin, pilihlah photographer atau videographer yang betul-betul boleh pakai dan jangan percaya sangat hasil dari feed Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan, kebanyakan gambar-gambar perkahwinan yang dirakam jurugambar adalah dari jarak jauh sehingga tidak menampakkan wajah pengantin dengan jelas. Tambahnya lagi, pengantin juga tidak diberi draft gambar untuk dipilih sebelum dimasukkan ke dalam album perkahwinan.

Meskipun pakej yang dipilih Nadia agak berpatutan tetapi itu bukanlah satu tiket untuk jurugambar membuat kerja sambil lewa tanpa memikirkan kepuasan pelanggan.

Video kahwin gegar tapi claim pakai stabilizer. Complaint tak ada gambar cloase up, dia cakap ada (tangan, surat nikah cincin) muka tak ada. Dah complaint tak happy dengan hasil yang dapat tapi bagi alasan cuaca tak menyebelahi.

‘Kasihan pula tengok..’

Video

Hasil video nikah

Sumber: Nadyeot

SKIP THIS AD ×