Selepas lapan hari melayari bahtera perkahwinan, seorang pempengaruh dikenali Nur Syahirah Saufi dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam, Khamis.
Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dakwa Kejadian Pempengaruh Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Palsu – ‘Talent Agency Sahkan Its Fake’
Punca pemergian tidak diketahui
Berita kematian arwah Syahirah atau lebih mesra disapa Scha dimaklumkan oleh adiknya, Wani di TikTok miliknya.
Pun begitu, punca kematian arwah tidak dinyatakan oleh Wani.
Assalamualaikum, saya wani adik kepada Scha nak beritahu Scha baru sahaja meninggal dunia pada 6/2/2025 malam Jumaat dalam pukul 11 lebih malam.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah, maafkan segala salah silap Scha kalau ada berhutang mohon beritahu dan halalkan.
Difahamkan, arwah bersama pasangannya, Syahmi telah bernikah pada 30 Januari lalu di Dewan Royal Safwah, Kelantan.
Terdahulu, arwah menyorot perhatian ramai susulan memiliki ketinggian luar biasa sekitar 186 sentimeter (cm) manakala suaminya, 195 cm.
Tinjauan OhBulan di laman media sosial mendapati kebanyakan video yang dikongsi arwah telah mendapat tontonan melebihi 1 juta.
Komen netizen
Pemergian pempengaruh tersebut mengejutkan netizen terutamanya rakan-rakan yang terdekat.
Sumber: TikTok