berita

Pengarah Bank Berjoget Sambil Lempar Wang Kertas Kepada Tetamu Majlis Kesyukuran

September 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Satu majlis kesyukuran di Sulawesi Tenggara menjadi tular selepas penganjur majlis tersebut bertindak melakukan aksi lempar wang kepada pengunjung yang hadir.

Lempar RM15

Menerusi klip 78 saat itu, difahamkan individu yang dilihat melempar wang itu merupakan Pengarah Bank Sulawesi Tenggara, Abdul Latif, yang dilihat berbuat demikian sambil menari.

Turut sama berjoget di bawah pentas merupakan sekumpulan wanita yang berebut menangkap helaian wang kertas bernilai 50 ribu rupiah (RM15) itu.

Menurut Abdul Latif, aktiviti itu dilakukan sebagai satu bentuk kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan beberapa aktiviti oleh bank berkenaan.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×