berita

Pengarah Drama Isteri Untuk Disewa Respon Teguran Mufti

November 9th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Terdahulu, drama ‘Isteri Untuk Disewa’ mendapat teguran terbuka dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tajuk drama itu dikatakan tidak bersesuaian dengan hukum agama Islam.

Artikel Berkaitan : ‘Meminjam Isteri Bukanlah Amalan Dalam Islam’ – Teguran Mufti Buat Drama ‘Isteri Untuk Disewa’

Walaubagaimanapun, pengarah drama, Osman Ali berterima kasih dan menerima baik teguran berhemah daripada mufti tersebut. Menurut Osman, dia mengakui bahawa tajuk novel dan drama tersebut boleh disalah tafsirkan jika tidak menonton atau membaca keseluruhan cerita.

Cerita tiada unsur sewa isteri

Dalam cerita ini langsung tiada unsur sewa menyewa isteri.  Cuma tajuk tersebut telah mengundang orang ramai untuk tersalah tafsir dengan tema cerita.

Menurut Osman, pihak mufti telah memberikan pandangan dan teguran yang baik maka dia amat menghormati cuma dia mengharapkan agar pihak netizen yang tidak pernah membaca dan menonton drama ini, agar tengok dan fahami dulu sebelum mengecam.

Tidak bercanggah dengan fiqh

Sejelasnya langsung tiada unsur sewaan isteri dalam novel dan juga drama ini sebaliknya hanya berkisahkan seorang wanita diupah untuk menyamar sebagai isteri.  Hanya menyamar di depan ayah dan ibu buat sementara dia bertemu jodoh sebenar.
Cuma kita akan lebih peka dan lebih berhati-hati jika ada sebarang elemen yang bercanggahan dengan fiqh terdapat dalam drama ini.

Osman memberitahu setakat ini tajuk akan masih kekal dan belum dapat apa-apa keputusan dari pihak atasan.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×