berita

Pengarah Malaysia Teruja Bakal Terlibat Hasilkan Siri Televisyen Adaptasi Komik Gun Honey

August 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bermula dengan komik grafik, Gun Honey terbitan Titan Comic dirancang bakal ditayangkan kepada penonton menerusi paparan televisyen. Komik hebat ini telah dikarang oleh Charles Ardai dan dibantu ilustrator Malaysia iaitu Ang Hor Kheng. Lebih mengujakan, komik grafik, Gun Honey ini juga bakal dihasilkan untuk paparan televisyen dengan kerjasama pengarah dari Malaysia!

Pakar senjata terbaik!

Gun Honey mengisahkan mengenai seorang pakar senjata terbaik dikenali sebagai Joanna Tan, berasal dari negara maju Singapura diberikan tugas dalam mencari senjata ‘sempurna’ yang diperlukan oleh pelanggannya.

Bagaimanapun, ketika menyelesaikan satu misi yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat, Joanna Tan ‘dihimpit’ dengan kisah silamnya yang secara tidak langsung membuatkan dirinya tertanya-tanya dan muncul pelbagai persoalan. Jadi kalau korang nak tahu apa kesudahan cerita ini, Adakah Joanna berjaya menyelesaikan setiap misi yang diberikan? Jangan lupa untuk beli komik ini!

Menerusi laporan Screen Rant, menjelaskan pencipta Private Eyes dan The Dead Zone Piller/Segan sedang merancang untuk mengembangkan lagi rancangan tersebut bersama pengeluar Malaysia iaitu Double Vision. Ujar Ketua Produksi Double Vision, Min Lam, pihaknya sangat teruja akan watak yang ditonjolkan dalam novel tersebut.

Saya mula membaca Gun Honey dan sama sekali tidak menutupnya sehingga saya habis baca. Tak mudah untuk membuat femme fatale (watak yang menarik) tetapi Charles berjaya melakukan buat dengan Joanna dan Gun Honey. Sebagai rakyat Malaysia, kami sangat teruja untuk membawa watak Asia Tenggara ke platform yang lebih besar.

Gun Honey akan mula dipasarkan di seluruh dunia bermula 22 September ini, manakala bab-bab yang berikutanya akan menyusul secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Titan.Comis.

SKIP THIS AD ×