Sekadar gambar hiasan
Seorang saintis berusia 55 tahun yang bekerja dengan Kementerian Teknologi dan Maklumat maut selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan di sebuah bangunan kerajaan.
Maut terjun bangunan
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan India Today, mangsa yang dikenali dengan nama Rakesh Malik merupakan Pengarah Teknologi Maklumat di Pusat Maklumat Negara. Menurut sumber, mayat mangsa ditemukan di hadapan pintu nombor dua di bangunan Shastri Bhawan, India.
Difahamkan, bangunan tersebut merupakan bangunan yang menempatkan beberapa agensi kerajaan di India. Pihak polis bersama sepasukan ambulans bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden ngeri itu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi iaitu Amrutha Guguloth, mereka tidak menemukan sebarang nota bunuh diri namun pihak polis percaya kemungkinan mangsa mengalami depresi. Tambah Amrutha Guguloth lagi, ahli keluarga mangsa yang terdiri daripada isteri dan dua orang anak juga dikatakan langsung tidak membuat sebarang dakwaan. Namun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: India Today, Pipa News