berita

Pengasas Produk ‘Cik Non’ Viral Meninggal Dunia – ‘Saya Tak Akan Buat Live Pengebumian’

June 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pengasas produk kecantikan Nor Shahada Aisyah atau atau lebih dikenali dengan nama Cik Non telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa  (14 Jun 2022).

Cik Non meninggal dunia

Berita duka tersebut dikhabarkan sendiri oleh suami arwah menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @sabarituindahtau24434 pada pagi tadi.

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahada Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3:45 pagi tadi.

Menurut suami arwah, dia tidak akan membuat siaran langsung pengebumian isterinya. Dalam kesempatan itu, dia juga memohon maaf bagi pihak isterinya sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang hayatnya.

Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa kepada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya. Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia.

Sementara menerusi ruangan komen, ada netizen mendakwa kematian arwah berpunca daripada jangkitan kuman yang sudah sampai ke otak hingga menyebabkan arwah kemudian ditidurkan.

Sumber: TikTok @sabarituindahtau24434

SKIP THIS AD ×