berita

Pengasuh Kejam, Nyanyi Sambil Cekik & Dera Kanak-Kanak 2 Tahun, Kantoi Bila Si Ibu Tengok CCTV…

May 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang ibu apabila melihat anak bongsunya yang berusia 2 tahun, telah didera oleh pengasuhnya.

Kejadian kejam yang berlaku di Indonesia itu, terbongkar menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV) yang berada di rumahnya.

Tidak berada di rumah ketika kejadian

Foto: Tribun News

Lapor Tribun News, pengasuh yang berusia 23 tahun, berbuat demikian ketika majikannya berada di pejabat. Jelas ibu kepada mangsa, Joanna Hartono walaupun anak-anaknya sering ditinggalkan namun, dia masih mengawal gerak-geri mereka menerusi CCTV yang dipasang di setiap penjuru rumah.

Kejadian itu berlaku hari Isnin, 3 Mei antara pukul 9.30-10.00 pagi yang merupakan waktu tidur anak saya.

Ketika kejadian saya dan bapanya sedang work from office (WFO) kakaknya sedang school from home (SFH) manakala, neneknya ketika itu sedang mandi.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat rakaman CCTV yang memaparkan pengasuhnya yang bertindak mencakar, mencekik, dan memukul anaknya di atas katil. Tidak berakhir di situ, dia (pengasuh) sempat menyanyi ketika kejadian itu berlaku.

Dipercayai mempunyai masalah mental

Foto: Tribun News

Bercerita lebih lanjut, Joanna mengesyaki pengasuh anaknya mempunyai masalah mental berikutan tindakannya yang kejam. Walaupun, anaknya telah diperlakukan sedemikan rupa dia sama sekali tidak membuat laporan polis dan hanya memecatnya yang telah bekerja sejak Januari yang lalu.

Ketika kemarahan hilang, yang tinggal hanyalah rasa sakit yang tidak berdarah. Luka yang tidak pernah terubat dan tidak pernah sembuh. Kejadian ini akan selamanya diingati oleh kami sekeluarga.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×