berita

Pengecualian Bayaran Tol Selama Tujuh Hari Di Pintu Masuk Malaysia-Singapura

March 30th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: MalaysiaGazette

Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian bayaran tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Link Kedua) yang menjadi laluan Malaysia – Singapura sempena pembukaan semula sempadan bermula 1 April ini.

Artikel Berkaitan: Hanya 2,000 Orang Sehari Dibenarkan Rentas Tambak Johor, Link Kedua

Artikel Berkaitan: KKM Kenakan Sekatan Perjalanan Ke 8 Negara Afrika, VTL Malaysia – Singapura Diteruskan

Pengecualian tol selama tujuh hari

Gambar Hiasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian bayaran tol di plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara itu diberikan kepada semua jenis kenderaan selama tujuh hari.

Jelas Ismail Sabri lagi, keputusan ini juga diambil kira setelah penutupan sementara sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol itu.

Pengecualian ini diberikan kepada rakyat Malaysia dan pengguna bagi menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ serta ‘Smart Tag’.

Ismail Sabri berkata, pengecualian itu juga tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×