berita

Pengeluaran i-Sinar KWSP- Antara Keperluan Dan Kehendak

December 22nd, 2020 | by Azyan
Kini Trending

KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia yang ditubuhkan pada 1951.

Skim ini adalah wajib dan setiap bulan gaji korang akan ditolak sebanyak 11% atau 9% termasuklah caruman majikan sebanyak 12-13%. Semakin banyak gaji korang, makin banyak amaun akan ditolak dan semakin banyaklah wang terkumpul. Duit simpanan ini akan disimpan dan digandakan sehingga umur persaraan.

Disebabkan simpanan ini hanya boleh dikeluarkan bila umur korang mencecah 55 tahun atau 60 tahun (bergantung kepada umur persaraan), kebanyakan orang memang tunggu wang persaraan ni untuk masa depan mereka. Maklumlah, kalau nak simpan sendiri memang susah!

Betul-betul perlu atau hanya kehendak?

2020 merupakan tahun yang sememangnya malap bagi kebanyakan daripada kita. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan pekerjaan atau syarikat mereka akan ditutup.

Walaupun mempunyai simpanan, itu tak bermakna simpanan tersebut cukup untuk menampung segala komitmen yang ada sebelum ini. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana untuk mencari pekerjaan baru bukanlah perkara yang mudah.

Pengeluaran wang simpanan melalui i-Sinar semestinya memberikan harapan bagi individu yang kehilangan sumber pendapatan. Tapi, terdapat juga individu yang tidak terkesan namun ingin mengeluarkan wang mereka atas sebab yang bukan keperluan.

“Duit kami, suka hati kami lah!”

Wang yang tak dikeluarkan akan tetap berada dalam akaun dan akan bertambah dari bulan ke bulan. Benar, duit tersebut ialah duit korang tapi jika masih menerima gaji setiap bulan dan semua keperluan masih lagi boleh ditampung agak tidak wajar untuk korang keluarkan duit tersebut.

Ini kerana, wang tersebut boleh digunakan untuk masa depan bila korang dah bersara nanti. Sekiranya korang gunakan sekarang, rancangan persaraan untuk korang yang bercita-cita ingin membina rumah persaraan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, pihak kerajaan juga ada memberikan bantuan yang boleh dipohon!

Ini merupakan antara bantuan yang boleh korang mohon

  • Bantuan Sara Hidup (Klik sini)
  • Skim mySalam (Klik sini)
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) (Klik sini)
  • Bantuan Kewangan Prihatin bernilai RM50
  • Bantuan Pakej Pelan Data untuk pelajar B40
  • Bantuan komputer riba untuk pelajar kategori B40 bersasar di Universiti Awam
  • Latihan dan penempatan akan disediakan untuk 8,000 pekerja syarikat penerbangan
  • Program Subsidi Upah Bersasar dilanjutkan!
  • MyStep
  • Inisiatif Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan

Sebaiknya korang fikir betul-betul sebelum membuat keputusan

Jadi, fikir sehabis baik sebelum korang mohon untuk keluarkan duit simpanan korang tu ok! Korang juga boleh dapatkan nasihat kewangan sebelum korang menggunakan wang persaraan untuk kegunaan hari ini. Jika tak perlukan, seeloknya tak perlu keluarkan dan biarkan wang korang bertambah sampailah umur persaraan nanti! Jangan bersinar hari ini tapi gelap di masa hadapan.

SKIP THIS AD ×