berita

Pengeluaran KWSP i-Citra Sehingga RM5k Boleh Dimohon Bermula Hari Ini, Ini Cara Mudah Untuk ‘Apply’

July 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: KWSP

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pengumuman khas berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Menerusi inisiatif tersebut, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Artikel Berkaitan: Bantuan Khas Covid-19 Buat Rakyat Malaysia Cecah RM1,300 & Pengeluaran i-Citra Sehingga RM5k

Artikel Berkaitan: Nak Mohon i-Citra Tapi Baki Akaun 2 Tak Cukup? Ini Cara KWSP Buat Kiraan Supaya Ahli Dapat RM5 Ribu

Artikel Berkaitan: Kemudahan i-Citra, Inisiatif KWSP Untuk Ahli Terjejas. Ini Cara Nak Mohon!

Sebelum ini, permohonan i-Citra dijadualkan bermula 15 Julai bagaimanapun, menerusi infografik terbaru yang dikongsi KWSP mana-mana ahli yang layak boleh mula memohon i-Citra bermula hari ini.

Macam mana nak apply?

Foto: KWSP

Untuk membuat permohonan i-Citra, ahli KWSP boleh layari portal i-Citra online untuk membuat permohonan bermula 12 Julai hingga 30 September 2021. Pemohon hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dan mengisi maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan dan telefon bimbit.

Pada masa yang sama, pemohon juga boleh memilih jumlah pengeluaran sehingga RM5,000 tertakluk kepada baki akaun pertama dan kedua. Bagi yang memohon, wang ini akan mula dibayar bermula Ogos ini sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan ahli. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Siapakah yang layak memohon

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

  1. Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
  2. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.
  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
  • Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

  1. Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun
  • Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Sumber: KWSP

SKIP THIS AD ×