berita

Nak Mohon i-Citra Tapi Baki Akaun 2 Tak Cukup? Ini Cara KWSP Buat Kiraan Supaya Ahli Dapat RM5 Ribu

July 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pengumuman khas berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Artikel berkaitan: Bantuan Khas Covid-19 Buat Rakyat Malaysia Cecah RM1,300 & Pengeluaran i-Citra Sehingga RM5k

Berikutan pengumuman tersebut, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini.

Memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra

Buat pengetahuan anda semua, KWSP memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Setiap ahli layak membuat pengeluaran sehingga RM5000 dan bayaran akan dibuat sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga lima bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimun RM50.

Guna Akaun 2 terlebih dahulu

Foto: Situasi 1

Menerusi Facebook KWSP, simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu. Jika baki akaun 2 tidak mencukupi, baru pihak KWSP akan menolak wang simpanan dari Akaun 1 pula. Pihak KWSP juga telah menyediakan tiga contoh situasi yang boleh dirujuk oleh kesemua ahli berhubung cara pengeluaran i-Citra nanti.

Bagi situasi pertama, Adli merupakan seorang individu yang hilang pekerjaan. Dia mempunyai RM5150 dalam Akaun 2 dan RM12000 dalam Akaun 1. Sekiranya Adli ingin membuat pengeluaran i-Citra, pihak KWSP akan meluluskan pengeluarannya menggunakan Akaun 2. Ini kerana, akaun Adli mempunyai jumlah pengeluaran yang mencukupi iaitu sebanyak RM5000.

Foto: Situasi 2

Bagi situasi kedua pula, Adam merupakan seorang individu yang masih bekerja. Dia mempunyai RM3150 dalam Akaun 2 dan RM12000 dalam Akaun 1. Oleh kerana, baki Akaun 2 Adam tidak mencukupi RM5000, pihak KWSP akan menolak RM1850 daripada Akaun 1. Secara tidak langsung, Adam layak menerima RM5000 daripada pengeluaran i-Citra seperti individu lain.

Foto: Situasi 3

Dalam situasi terakhir, Sara merupakan individu yang hilang pekerjaan. Dia mempunyai RM150 sahaja di dalam Akaun 2 dan RM12000 di dalam Akaun 1. Sama seperti situasi Adli dan Adam, KWSP akan menolak terlebih dahulu baki Akaun 2 Sara iaitu RM150 dan baki RM4850 lagi akan ditolak menerusi Akaun 1 milik Sara.

Kesemua ahli boleh memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai nanti, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Sila pastikan nombor telefon bimbit korang semua telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Sumber: KWSP

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×