berita

Pengeluaran & Pengaktifan i-Akaun Boleh Dilakukan Di Cawangan KWSP Mulai Rabu Ini

May 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kewangan & Pelaburan

Mulai 6 Mei ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula beroperasi semula bagi perkhidmatan pengeluaran untuk had umur 50, 55 dan 60 tahun serta pengaktifan i-Akaun di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Selangor dan Negeri Sembilan.

Urusan yang memerlukan transaksi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias memaklumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu merupakan satu usaha yang penting, namun kesemua urusan yang memerlukan transaksi secara bersemuka juga diperlukan.

Berikutan pengumuman PKPB baru-baru ini, kami ingin mengumumkan penyambungan semula beberapa perkhidmatan di cawangan-cawangan yang diluluskan di seluruh negara. Bagi menjaga kesihatan dan keselamatan ahli serta petugas daripada risiko pendedahan COVID-19, kami akan mengenakan beberapa syarat yang ketat di cawangan KWSP yang bakal beroperasi.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu kesemua cawangan KWSP yang terletak di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan kekal tutup sehingga dimaklumkan kelak.

Transaksi yang mudah dan cepat

KWSP juga mengenakan beberapa syarat untuk cawangan yang bakal beroperasi antaranya setiap cawangan akan menyediakan transaksi yang mudah, cepat  dan tidak memerlukan kontak secara fizikal bagi transaksi pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun dan pengaktifan i-Akaun.

Di samping itu, kesemua majikan tidak perlu hadir ke cawangan KWSP kerana semua perkhidmatan boleh dilakukan dengan cara menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing. Kesemua ahli juga perlu mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan ketika hadir di cawangan. Setiap ahli perlu membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman sesawang www.kwsp.gov.my bermula esok sebelum hadir di mana-mana cawangan.

Kami berharap mereka memahami bahawa COVID-19 melenyapkan cara dan kaedah lama bekerja dan memaksa kita menerima realiti baharu iaitu mengurangkan sentuhan, melebihkan jarak yang mesti dibiasakan. Kami memohon kemurahan hati dan kesabaran ahli agar KWSP boleh beralih kepada norma baharu ini secepat mungkin.

KWSP juga bakal menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semua saluran fizikal iaitu melalui cawangan, jangkauan dan kios serta saluran elektronik iaitu pusat perhubungan, laman sesawang dan aplikasi telefon bimbit.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×