berita

Pengemis OKU Panas Baran Minta Duit Tak Dapat, Siap Maki & Ugut Nak Pukul

October 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

oku pengemis

Gara-gara tidak diberikan wang sebagai sedekah, seorang orang kelainan upaya (OKU) bertindak agresif terhadap orang awam.

Artikel Berkaitan: Perkosa & Amang Seksual Gadis Bawah Umur, Remaja Lembam Berdepan Penjara 60 Tahun

Artikel Berkaitan: ‘Sekiranya Saya Atau Isteri Tiada Di Dunia..’ – Dr Say Menangis Ketika Ambil Kad OKU Anak

Campak duit

oku pengemis

Menerusi hantaran di TikTok, seorang pengguna platform itu mendakwa terdapat seorang orang kelainan upaya (OKU) telah datang kepadanya dan cuba untuk mengambil kesempatan dengan meminta sedekah.

Bagaimanapun, lelaki OKU tersebut kemudian bertindak mencampakkan beberapa helai wang kertas setelah permintaannya ditolak.

Ini kali kedua kena dengan pengemis yang kononnya dia kata dia pemegang kad OKU. Lepas itu nak duit beli beras mak ayah.

Tahun lepas kena dekat jalan Tunku Abdul Rahman, dia minta juga duit kata nak beli makanan. Kalau tak bagi dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan nasihat agar orang ramai lebih berwaspada ketika berdepan dengan individu berkenaan.

Sesiapa yang jumpa dia, tolong berhati-hati terutamanya perempuan. Aku tak faham dia ni kenapa? Siapa pernah kena dengan dia?

Komen netizen

oku pengemis

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang turut mengalami situasi sama selain menyifatkan tindakan lelaki OKU tersebut sebagai satu kelakuan yang biadab.

Sementara itu, mereka juga berharap agar insiden tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa demi keselamatan masyarakat setempat.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×