berita

Pengetua Terlupa Ambil, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Dalam Kereta

March 17th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas lebih lima jam ditinggalkan dalam kereta. Kejadian yang berlaku Taman Ria, Sungai Petani Kedah itu disedari selepas pengetua tadika yang memandu kereta tersebut mendapati mangsa tidak hadir ke kelas.

Terlupa kanak-kanak di tempat duduk belakang kereta

(sekadar gambar hiasan)

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa adalah anak kedua daripada dua beradik.

Sebelum itu, pengetua terbabit turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta.

Dalam pada itu, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan. Malah mangsa dipercayai berada dalam kereta itu dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Meninggal dunia

(sekadar gambar hiasan)

Kejadian itu hanya disedari pada 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri.

Berikutan itu pengetua terbabit bertindak menghubungi ambulans dan melaksanakan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Beliau berkata, polis menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan dan merampas anak kunci serta kereta untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×