berita

Penggemar McDonald’s Kongsi Kenapa Mereka Sukakan GCB! Oh… Rupanya Ini Rahsianya!

November 24th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Seperti yang korang sedia maklum, McDonald’s merupakan salah satu restoran makanan segera yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Menawarkan pelbagai menu enak, namun Grilled Chicken Burger (GCB) adalah antara menu wajib yang perlu korang cuba.

Memiliki rasa yang berbeza berbanding burger-burger lain yang ditawarkan oleh McDonald’s, patty GCB dipanggang untuk menghasilkan rasa dan aroma yang unik.

Korang tak percaya? Jom dengar perkongsian penggemar GCB mengenai rasanya dan mengapa korang patut cuba GCB.

Disclaimer, perkongsian ini dibuat agar korang tahu mengenai GCB. Jangan marah min jika GCB jadi burger kegemaran korang selepas ini.

“Makan GCB ni puas, terus kenyang” – Ashraf Khalib, 29

Mohammad Ashraf Khalib yang lebih mesra dengan panggilan Acap sering memesan Burger GCB selepas bermain futsal dengan kawan-kawannya.

Patty dia tak kering, juicy sangat. Lepas tu sos GCB ni lain dari yang lain. Dah rasa sekali, jadi ketagih pulak.”

Tambah Acap lagi, lepas penat main futsal, perut lapar, GCB ni antara menu McDonald’s yang berbaloi untuk dipesan sebab portion set GCB mengenyangkan. So, tak rugi beli.

Patty GCB lembut, ada rasa smoky” – Aimi Mudzakir, 28

“Patty ayam dia lembut. Portion besar la jugak. Tak pedas so boleh la kongsi dengan anak saudara. Tak tahu macam mana nak describe rasa smoky pada patty tu. Kena try sendiri baru tahu.” cerita Nurul Aimi.

Lagipun, GCB punya patty menggunakan paha ayam dan juga digril. Itu yang buatkan GCB burger lebih “sihat” berbanding lain.

“Patut try dari awal lagi, peha ayam GCB serius juicy” – Shaifullah, 29

“Kenapa la tak try GCB dari awal lagi. Macam tak percaya. Rasa dia lain dari burger lain. Lagi-lagi sebab patty dia guna paha ayam GCB yang juicy.”

“Bukan tu je, sos putih GCB ada rasa berbeza dengan sos burger lain. Terangkat wei!” terang Shaifullah penuh excited!

“Kombinasi sos chargrilled dan patty GCB yang menarik” – Shafika, 30

“Saya rasa kombinasi sos chargrilled dan patty GCB menarik. Rasanya unik tapi sedap. Kick yang GCB ada berbeza dan istimewa.”

Bukan hanya GCB menjadi kegemaran Shafika, dia juga tidak melepaskan peluang mencuba menu terbaharu McDonald’s.

GCB menu underrated yang ramai belum cuba!

Ha! Apa korang rasa sekarang? Mesti rasa rugi kan sebab tak cuba lagi GCB, betul tak?

Tak dinafikan GCB merupakan underrated burger di McDonald’s. Kalau korang tak cuba, korang memang tak akan tahu keistimewaannya. Ada juga yang ingat GCB ni burger bermusim tapi, itu dulu. Dah 8 tahun tau GCB dijadikan menu kekal McDonald’s diatas permintaan penggemarnya.

Merupakan satu-satunya menu di McDonald’s yang menggunakan kaedah panggang, patty GCB memiliki aroma dan rasanya yang tersendiri.  Kombinasi bersama sos chargrilled dan salad segar melengkapkan lagi rasa GCB.

Kalau korang nak tahu, patty GCB dihasilkan menggunakan isi ayam pada bahagian paha. Maka, tak hairanlah patty GCB lembut dan lebih juicy.

Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk dapatkan Choco Bits McFlurry yang dibuat daripada Hershey’s dan Pai Cookies & Cream Oreo yang dihasilkan menggunakan cebisan Oreo. Kesemua menu ni dah buat comeback korang.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu McDonald’s sekarang atau buat pesanan korang melalui McDelivery hari ini juga.

SKIP THIS AD ×