berita

Penggemar Salad? Korang kena Try 3 Salad Dressing Ni! Sedap & Menyihatkan, Memang Puas hati!

October 6th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Buat penggemar salad, sos dressing memainkan peranan yang penting. Hal ini demikian kerana, sos salad yang baik dan enak merupakan bahan utama penentu rasa salad yang bakal korang hasilkan. Namun begitu, pemilihan bahan yang segar juga penting bagi menghasilkan salad yang crunchy, juicy dan enak bila dimakan.

Oleh itu, min nak share dengan korang sos dressing untuk hasilkan menu salad dengan rasa yang memang umphhhh giler, setelah kami cuba sendiri.

Hellmann’s Salad Dressing- Korang pernah dengar tak?

Ha! Korang semua pernah dengar tak mengenai produk-produk keluaran jenama Hellmann’s? Tak pernah? Ish.. ish.. ishhh ceritanya panjang tapi kita singkatkan la, ye?

Hellmann’s merupakan salad dressing yang dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti dan natural. Maka, ianya lebih sihat tapi dalam masa yang sama memang sedap rasanya. Oleh itu, tak hairanlah ramai giler peminat salad dressing diorang di seluruh dunia.

3 salad dressing ni WOW habis! Wajib cuba!

Khas buat korang penggemar salad diluar sana, min nak share top 3 best Heelmann’s salad dressing yang korang wajib cuba at least sekali.

Berikut ialah top 3 salad dressing pilihan min.

  1. Hellmann’s Triple Citrus Salad Dressing
  2. Hellmann’s Miso Ponzu Salad Dressing
  3. Hellmann’s Blueberries & Lime Salad Dressing

 

Tempat pertama min bagi kepada Hellmann’s Triple Citrus Salad Dressing. Gabungan Yuzu, lemon dan limau nipis buat rasa salad dressing ni unik tapi sedap. Masam-masam, lemak dan ada tangy feel sikit. Jadi tak cepat muak. Tak percaya? Korang try dulu, mesti akan ketagih dengan salad dressing ni. Makan dengan grilled salmon atau ayam pun sedap. Layan wei!

Hellmann’s Miso Ponzu Salad Dressing, berada ditempat kedua. Yang ni pun sedap tapi rasa misonya agak kuat. Kalau korang penggemar miso sup korang akan suka salad dressing ni. Ye la, ada rasa lemak-lemak, manis dan masin sikit pada hujung lidah.

Last but not least, tak lain tak bukan Hellmann’s Blueberries & Lime Salad Dressing. First impression min terkejut sebab tak biasa lagi cuba sos salad yang bahannya ialah beri biru. Min agak sceptical pada mulanya sebab takut rasa sos salad ni macam jem buah tetapi min salah. Rasa beri biru just nice je. Aroma beri biru memang korang boleh bau. Dari segi rasa susah nak jelaskan sebab ianya memang lain daripada yang lain, yang pasti ada masam, tapi tak masam sangat, ada manis-manis dan ada rasa berkrim.

Min nak jelaskan agak susah bila sentuh bab rasa. Sebab mungkin dimulut min yang paling min suka Hellmann’s Triple Citrus Salad Dressing tapi korang mungkin lagi prefer Hellmann’s Blueberries & Lime Salad Dressing. Jadi, korang kena cuba sendiri.

Alternatif baru untuk salad dressing yang lebih sihat!

Untuk min secara personal, Hellmann’s Salad Dressing ni ialah salah satu alternatif untuk dapatkan salad sos yang lebih sihat kerana kandungan lemak, karbohidrat per serving Hellmann’s  Salad Dressing dengan jenama lain sangat berbeza.

Lagipun Hellmann’s Salad Dressing ni juga sesuai korang gunakan untuk marinate bahan dada ayama dan ikan salmon. Jadi, memang untung kalau beli sebab boleh digunakan sebagai salad dressing dan sos perapan. Tambahan pula, harganya berpatutan selain kaya dengan omega 3 dan 6.

Ini Resepi Salad mudah yang korang boleh hasilkan dengan Hellman’s Salad Dressing!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kyra_kyrana (@kyra_kyrana)

#campakcampakjesiap

Bahan-bahan 2 biji epal hijau (200 gram)

5 suduh teh Hellmann’s Triple Citrus Salad Dressing.

2 batang saleri.

1 biji limau kasturi.

50 gram anggur ungu/anggur hitam.

50 gram strawberi/ mulberry.

4 biji tomato ceri.

1/2 romaine Lettuce.

30 gram walnuts.

Mula-mula sekali korang bersihkan dulu  epal hijau, anggur, strawberi, mulberry, tomato ceri, saleri dan juga romaine tettuce.  Buah epal tu korang potong je dadu dan jangan buang kulit, nanti tak rangup. Buah anggur, strawberi & tomato ceri belah jadi dua. Kalau guna mulberry jangan potong tau. Sayur saleri tu pulak potong nipis-nipis  dan romaine lettuce potong bersegi-segi. Min potong bersegi, sebab lagi rangup.

Pastu campur je semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas. Gaul-gaul dan perah limau kasturi. Bukan korang je suka, family korng pun akan suka. Min galakkan korang makan terus ye salad ni, jangan letak dalam peti ais nanti soggy, tak sedap.

 

Mudahkan nak sediakan salad dengan Hellmann’s Salad Dressing? Jadi buat penggemar Salad di luar sana yang belum pernah cuba Hellmann’s Salad Dressing, korang wajib cuba. Min yakin korang mesti jatuh cinta dengan salah satu perisa salad dressing keluaran Hellmann’s ni. Kalau korang tak tahu nak dapatkan dekat mana, korang klik sahaja link pembelian yang disertakan dibawah.

Website: Nak Makan Apa

Lazada: LazzMall

Shopee: Unilever Official store

 

 

SKIP THIS AD ×