Cik ponti, kakak cantik, bantal peluk, gula-gula dan macam-macam lagi adalah antara gelaran yang diberikan kepada makhluk halus. Walaupun makhluk ni tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi kisah mereka sering menjadi perbualan setiap orang.
Tak kisah la kat Malaysia mahupun luar negara, cerita-cerita seram ni memang selalu jadi topik-topik hangat. Lagi-lagi bila berkumpul ramai-ramai, akan ada sorang member ni buka cerita kisah-kisah seram. Betul tak?
Selalunya, kalau kat Malaysia, hantu yang paling hot adalah pontianak dan pocong. Diorang dua ni memang without failed kacau orang, tempat paling favorite kat jalan-jalan gelap, rumah kosong dan kawasan kampung. Kalau korang memang kaki tengok cerita-cerita hantu, banyaklah video-video kat youtube pasal hantu ni, siap boleh buat watch list sampai berbulan-bulan tau.
Percaya atau tak, pastinya majoriti daripada kita semua ada kisah seram tersendiri, sama juga seperti abang-abang dan juga kakak-kakak rider yang buat penghantaran makanan untuk korang semua. Kalau kita dengar kisah seram abang dan kakak rider ni, tak semua makhluk halus ni suka kacau, kadang tu “mereka” ni nak berkawan je, kadang tu juga ada yang suka perhatikan kita dari jauh.
Kalau kita tengok cerita hantu, setiap bangsa ada jenis-jenis makhluk halus atau lebih mudah kita panggil hantu. Jadinya, kalau dah berdepan dengan hantu ni, pastinya setiap bangsa ada cara tersendiri untuk melindungi diri mereka. Macam rider yang berbangsa Cina dalam video ni, nak tau kisah beliau dan macam mana dia lindung diri daripada hantu, jom tengok video kat bawah ni:-
Meremang bulu roma bila dengar kisah setiap sorang rider ni. Siap nampak depan mata, kalau admin la rasanya dah pengsan kat situ juga. Tapi tu lah antara cabaran untuk geng-geng rider yang buat penghantaran malam.
Tapi kenapa bila cakap je pasal hantu, mesti korang semua akan ingat situasi malam. Sebenarnya hantu-hantu ni ada je pagi petang siang malam. Bak kata orang, ‘depends on your luck’. Kalau bertuah dapatlah jumpa makhluk-makhuk halus ni waktu siang.
Macam dalam video tadi, Jojo ternampak makhluk halus bukan pada malam hari tau. Kalau Aniq pula, pengalaman berhadapan dengan hantu memang menyeramkan, siap nak tumpang balik lagi. Seramnya!!!!!!
Apa pun, salute kepada semua rider, walaupun korang berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sewaktu melakukan tugasan, korang tetap dengan prinsip, ‘pelanggan lapar, nak tak nak kena hantar juga makanan kepada mereka’.
Semoga setiap apa yang korang lakukan diberkati dan paling penting, walaupun nak kejar trip, keselamatan diri perlu diutamakan.